Abu Lahab
Menyambut Kelahiran Muhammad s.a.w
Selawat dan salam keatas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w,kerabat baginda,para sahabat dan para shuhada' yang
bermati-matian mempertahankan Islam untuk memastikan kelangsungan Agama Islam
di seluruh dunia. Sekarang kita berada di bulan Rabiulawwal,yang mana
bulan ini merupakan bulan kelahiran junjungan besar kita Muhammad s.a.w yang
telah banyak berkorban untuk ummatnya. Seperti kebiasaan, pada bulan ini kita
akan sibuk untuk membuat persediaan bagi meraikan hari kelahiran baginda.
Alhamdulillah,kesedaran pada diri masyarakat kini terhadap hari kelahiran nabi amat tinggi dan mereka peka akan peristiwa ini walaupun mungkin kerana program-program yang dijalankan oleh pihak tertentu. Ana cukup bangga akan sesetengah pihak yang menjalankan banyak program sempena hari kelahiran nabi. Mereka mengadakanperarakan,perhimpunan,jamuan dan sebagainya.Bahkan tidak cukup dengan itu,ada sesetengah pihak yang sanggup menaja pakaian seragam untuk organisasi mereka semata-mata untuk perarakan. Namun bukan itu yang akan menjadi buah bicara ana pada post kali ini, apa yang hendak diketengahkan adalah sejauh mana masyarakat pada hari ini meletakkan Nabi Muhammad s.a.w yakni pesuruh Allah,kekasih Allah, ditempat yang tinggi dalam diri mereka...paling tidak pun mereka meletakkan Muhammad itu sebagai idola mereka...jika kita tanya pada anak kecil siapa Idola mereka, pasti mereka tidak akan menjawab Muhammad s.a.w.Inilah penyakit ummat Islam sekarang.
Dalam kesungguhan mereka meraikan Maulid nabi s.a.w, mereka jugalah yang menjadi penentang terhebat jika hukum Allah hendak dilaksanakan. Mereka mengatakan hukum Allah sudah tidak relevan, hukum itu tidak sesuai dengan masyarakat majmuk, hukum itu kejam!!! dan sebagainya. Sedarlah saudara sekalian, bahawa Allah adalah pencipta kita,Dia tahu apa yang baik dan yang buruk bagi kita. Ana ingin memberi satu analogi seorang pencipta kereta, dia tahu apa yang perlu untuk kereta itu...jika dia kata kereta itu menggunakan minyak petrol maka petrollah yang perlu kita gunakan...tapi jika kita ingkar!,sombong!, takbur! dengan mengikut kepala sendiri maka rosaklah kereta itu. Fikir-fikirkan...
Kalaulah kita gembira dengan kelahiran Nabi s.a.w. dan menyambutnya dengan berbagai cara, maka sesungguhnya Abu Lahab bapa saudara Nabi s.a.w. lebih baik daripada kita. Kerana sewaktu kelahiran Nabi s.a.w., orang datang berjumpa dengan Abdul 'Uzza, yakni nama sebenar Abu Lahab. Orang cerita kepada Abu Lahab "Ya Abdul 'Uzza, sesungguhnya adik ipar kamu yang namanya Aminah telah selamat melahirkan seorang anak, anak itu lelaki, ayah kamu yang namanya Abdul Mutalib telah memberi nama anak itu dengan nama Muhammad." Apa jawab Abu Lahab? ia menyatakan syukur kepada Rabbihaka'bah, tuhan yang menjaga Ka'bah, dan dia telah mengorbankan 100 ekor unta sebagai tanda seronok dan gembira dengan kelahiran Muhammd s.a.w.Seratus ekor unta shabat...kita 100 ekor ayam pun belum tentu.

Bayangkanlah, 40 tahun sebelum itu
dialah orang yang paling gembira dan seronok, dialah yang mengeluarkan
segala-galanya untuk sambut kelahiran Nabi s.a.w. bahkan dialah orangnya yang
memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah
menjadi ibu susu Nabi, dia merdekakan mereka kerana begitu seronok dengan
kelahiran Nabi s.a.w.
Satelah 40 tahun kelahiran Mumammad dan dilantik menjadi Nabi, perkara pertama dilakukan Nabi s.a.w. ialah mengumpulkan saudara-maranya, bapa saudara dan sebagainya dan menyeru, "Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?" jawapan penduduk Mekah yang kebanyakan adik-beradik Nabi s.a.w. pada waktu itu berkata "Muhammad, bahkan kami percaya apa yang kamu katakan kerana kamu tidak pernah berbohong kepada kami." maka jawab Nabi s.a.w. "Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah", lalu bangun Abu Lahab seraya berkata "Tabballaka ya Muhammad" yang bermaksud "Celakalah Muhammad, apakah kerana ini kamu kumpulkan kami?". Maka turunlah ayat Al-Qur'an surah Al-Masad, "Tabbat yada abi lahabiu'n watab..." ertinya "Celakalah Abu Lahab..." hingga akhir ayat, maka celakalah Abu Lahab bukan Muhammad s.a.w. yang celaka.
Abu Lahablah orang yang menjadi penentang utama dalam perjuangan Nabi untuk menegakkan Islam...sedarlah sahabat sekalian,jangan kita ikut mereka yang kononnya mengaku cintakan Rasul tapi pada masa yang sama merekalah yang menentang syariat Islambila hendak dilaksanakan.Ingat sahabat, pada akhirat kelak rakyat akan dibangkitkan bersama-sama dengan pemimpin mereka dan pada waktu ini mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain jika pemimpin mereka itu tidak menjalankan hukum Allah.Jadilah orang-orang yang ingin melihat Islam dianggkat sebagai satu cara hidup yang menepati fitrah manusia dimuka bumi ini.
Wallahhua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan