GOOD RABBIT TREATS
Apples Bananas (especially the brown ones) Beans, if cooked (not castor beans) Beets (both top and root of plant) Berries Blackberry bush leaves Bread (especially dried-out bread) Carpet grass Carrots (roots and tops) Cereal (if low fat and low sugar) Clovers (any but sweet clover) Comfrey (sparingly) Corn (grain, stalks, husks, and silk) Crabgrass Cucumbers Dandelion leaves Escarole Fruit tree limbs (not the leaves) Grapefruit (sparingly) Grass (pesticide free) Hay Jerusalem artichoke (all parts of plant) Kale Kohlrabi (all parts of plant) Kudzu Lespedeza Malva (Cheeseweed) Mango Maple tree limbs (not leaves) Millet (Foxtail and Japanese) Milo Oats (sparingly) Oranges (sparingly) Orchard grass Papaya Parsley Pineapple Rye, rye grass, and Italian rye grass Sweet gum branches (not leaves) Timothy grass, fresh or hay Turnips (tops and roots) Willow tree limbs |
BAD FOR RABBITS
Azalea Autumn Crocus Bulbs (all) Cabbage Castor beans Caladium Chokecherry (leaves or pits) Cyclamen Dogwood Dumb Cane Fireweed Foxgloves Goldenrod Horehound Hydrangea Hyacinth Iris Ivy Jimsonweed Johnson grass Kalanchoe Larkspur Laurel Lettuce (Iceberg) Lily Milkweed Oak Oleander Pears Pigweed Poinsettia Poppy Potatoes (leaves, sprouts, or peel) Rhododendron Rhubarb leaves Sago Palm Soybeans or soybean vines Spinach Sweet clover Tomato leaves and sprouted seeds Wild cherry Yew |
- Pengusaha Kambing Golek, Kambing Perap, Ayam Golek & Katering - Pembekal makanan segar & sejuk beku - Pemilik Mazzkhan Food Industries
Jumaat, 30 Mei 2014
Good & Bad Rabbit Treats
Jumaat, 23 Mei 2014
PROSES PENUAAN DAGING : DRY AGING vs WET AGING
DRY AGING vs WET AGING
Daging lembu jika dimakan segar (Hot Carcass) terutama bila dimasak 'Steak" di katakan kurang mempunyai rasa dan aroma daging sebenar, rasa 'metallic' (rasa yg tajam), lebih liat/kurang tender dan pastinya kurang enak. Kenyataan yg agak kontroversi tetapi pada hakikatnya ini isu yg sering diperkatakan oleh pakar2 daging.
Daging yg enak dengan rasa dan aroma daging sebenar perlu menjalani proses Aging atau Penuaan utk menikmati rasa daging yg sukar digambarkan.
2 Teknik Penuaan Daging yg sering diamalkan :
1. Dry Aging dan
2. Wet Aging
1. Dry Aging :
Merupakan proses menyimpan daging dlm bilik simpanan dgn kawalan suhu, kelembapan dan pengudaraan yg betul. Suhu perlu berada pada sekitar 2 - 0 Celcius (Chill) - terlalu tinggi suhu, daging akan membusuk dan jika sampai ketahap beku, proses aging tidak berlaku. Kelembapan pd tahap 85% dan pengedaran udara yg baik. Aging sebenar berlaku selepas 11 hari dan selalunya disimpan 15 - 28 hari. Semasa proses aging, enzim akan membantu memecah connective tissues, menjadikan daging lembut/tender, beraroma dan kulat yg baik tumbuh menyelaputi daging turut membantu proses aging. Air dalam daging juga akan kehilangan hingga 20%.
Kini, dinegara2 maju sekalipun spt USA dan Eropah, Aging Beef sukar didapati dijual di Supermarket atau Meat /Butcher Shop. Ia hanya boleh didapati di Restoran Steak bertaraf tinggi dan sgt mahal.
2. Wet Aging :
Proses yg sama, cuma daging di letak dalam plastik/bekas 'vacuum-pack'.
Kandungan air tidak hilang, senang dikawal dan cuma diletakkan dalam chiller dlm tempoh yg sama. Mungkin ada Chef yg menganggap tidak sehebat Dry Aged Beef tetapi hampir.
Di Malaysia Aged Beef boleh dinikmati di Menate Steak Restoran....
Khamis, 22 Mei 2014
KAMBING AQIQAH & KORBAN 2014
Assalamu'alaikum....
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang dikasihi.
Hari ni nak kongsi sikit pasal Kambing Aqiqah & Korban
Rumput2 seperti napier, batang jagung, alfalfa, timothy, hampas soya dan rumput2 hijau lain adalah sumber makanan tetap dan utama bagi setiap ternakan kami....
Rumput2 yg di tanam di sekitar kawasan ladang seluas 20 ekar merupakan makanan utama kepada ternakan kami...
Padang Ragut....di khaskan untuk kambing2 di Maidah Farm meragut setiap petang..
.
Kambing-kambing di sini sangat manja dan jinak serta mesra pelawat....
Antara kambing2 boer untuk aqiqah dan korban...
Hanya kambing2 terbaik dan terpilih sahaja akan di gunakan untuk aqiqah dan korban
Harga bagi setiap Kambing/Biri-biri Aqiqah adalah RM850 ( kambing sahaja )
Upah sembelih dan melapah RM50 ( upah sahaja )
Upah perap dan bakar RM500....
PEKEJ AQIQAH
RM1300 - FULL PACKAGE
1 ekor kambing
sos
coleslaw
jagung bakar/rebus/ otak-otak
servis golek
penghantaran ( bergantung pd lokasi )
Setiap peserta yg beraqiqah dengan kami akan di berikan Sijil Aqiqah sebagai bukti dan penghargaan dari pihak kami.
Untuk beraqiqah atau qurban...boleh hubungi kami di talian berbayar :
012-7123559 (tel/whatsapp/instagram/sms)
Pesanan dari ustaz2.....
"Aqiqah dan korban itu adalah merupakan ibadah yg besar pahalanya disisi Allah.... Janganlah rosakkan ibadahmu itu....Biar lah mahal sedikit, tetapi diketahui sumber makanan yg diberikan kepada binatang2 aqiqah dan korban tersebut....lagi mahal kita berbelanja di jalan Allah, lagi besar pahalanya"
Wassalam.
Ahad, 18 Mei 2014
KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL
KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL DI PAGOH
Sabtu 26 April 2014.
Pagoh : Pada 26 dan 27 hb April 2014 yang lalu, pihak RVdM dan Maidah Farming Sd Bhd dengan kerjasama Jabatan Veterina Daerah Muar dan TEKUN Nasional telah mengadakan satu kursus khas untuk Arnab Pedaging.
Kursus selama 2 hari 1 malam itu di hadiri oleh 20 peserta dari seluruh tanahair itu merangkumi teori dan praktikal. Peserta2 bukan sahaja didedahkan kepada teknik memelihara arnab pedaging, tetapi juga diajar cara menyembelih, melapah, memproses, membungkus, menyimpan dan pelupusan sisa.
Dengan yuran kursus sebanyak RM180 bagi setiap peserta, mereka di sediakan tempat tinggal, makan, minum dan nota kursus.
Peserta juga diberikan tunjuk ajar bagaimana mengatasi situasi kematian mengejut di ladang seperti limpa pecah, keracunan, kencing tikus dan lain2 penyakit yang kurang di beri perhatian oleh kebanyakkan penternak.
Disamping itu peserta juga di ajar teknik "Rangsangan" iaitu bagaimana merangsang penjantan supaya ghairah terhadap betina dan mudah mengawan.
Kursus ini dibuat secara santai, bukan di buat di hotel2, bukan didewan2 berhawa dingin, sebaliknya di buat di ladang Maidah Farm supaya peserta dapat merasakan sendiri suasana sebenar ladang yang akan mereka lalui kelak.
Peserta juga didedahkan dengan teknik "penggemukkan" dimana arnab2 dapat di gemukkan supaya mencapai berat ideal untuk di sembelih dalam jangka masa yang singkat.
Mereka juga di ajar tentang organ2 dalaman arnab, penyakit2 zahir dan batin arnab serta berbagai2 lagi ilmu yang amat sukar diperolehi dari mana2 universiti yg ada di dunia ini. Berbaloi bukan?
Selain itu, proses pembungkusan, penyimpanan dan pelupusan juga di ajar pada hari kedua kursus berlangsung. Kursus ini bukan sahaja di hadiri oleh peserta lelaki sahaja, malahan turut melibatkan peserta wanita dari pelbagai peringkat umur.
Resepi2 dari daging arnab juga turut dipelajari diakhir kursus ini.
Kesemua peserta kali ini di tawarkan dengan Pekej Ternakan Arnab Pedaging bernilai RM10000. Pekej termasuk :
1. Arnab ( 10 jantan 50 betina )
2. Set sangkar 3 tingkat 12 bilik : 5 set
3. Pelet
4. Set ubatan
5. Tong Makanan
6. Meja Grooming
7. Jaminan belian balik hasil ( arnab hidup minima berat 1.6 kg )
Adalah menjadi harapan dan impian kami supaya industri arnab ini terus berkembang dengan baik dan mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan sebagai sumber makanan alternatif kerana ianya mudah di ternak, mudah membiak dan mempnyai permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan luar negara,
Sekian.
P/S : Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Pekej Ternakan Arnab Pedaging ini, boleh berhubung terus dengan kami di :
FB : RabbitVillage d'Muar
012-7123559
email : maidahfarm@gmail.com
MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA
*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.
TARIKH KURSUS SETERUSNYA :
6, 7 & 8 hb Jun 2015
*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.
TARIKH KURSUS SETERUSNYA :
6, 7 & 8 hb Jun 2015
Sabtu, 10 Mei 2014
BANGSAL RUNTUH
BANGSAL RUNTUH
Pagoh : Kira-kira jam 1230 tengahari dulu, satu bangsal seluas 80 x 100 kaki persegi yang sepatutnya menempatkan induk arnab2 pedaging RVdM di Ladang Maidah telah tumbang dan musnah sama sekali akibat angin kencang. Ketika kejadian hanya seorang pekerja sahaja berada di lokasi kejadian, manakala beberapa orang pekerja lain telah keluar untuk makan tengahari.
"Sebaik menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian tersebut, saya terus bergegas ketempat kejadian." kata salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan.Beberapa jam sebelum kejadian, pekerja2 tersebut sedang giat menyusun dan memindahkan sangkar 3 tier commercial rabbit cage yang berharga RM499 setiap satu set ke bangsal tersebut.
Belum pun sempat kerja2 tersebut di siapkan, malangnya bangsal tersebut sudah runtuh. " Kami sangat takut...kami tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi" kata salah seorang pekerja sambil menangis teresak-esak.
Ini adalah kejadian yg pertama seumpanaya berlaku di ladang ini.Walaubagaimanapun pihak kami gagal menemubual pemilik dan pengurus ladang tersebut kerana dipercayai beliau sedang berada di luar negara.
Inilah Plan B yang di maksudkan oleh pekerja2 tersebut. Arnab2 telah di pindahkan ke tempat yang lebih selamat, iaitu di bangsal kambing.
MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA
*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.
*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.
Jumaat, 9 Mei 2014
Tiga Budak Botak - UMRAH 2014
Yuuuhuuuu !! caakkk..baaa...hahaha ni la 3 budak botak ( bukan 3 stooges ehh )
Tanggal 23 hb Mac 2014 yang lalu Alhamdulillah kami sekeluarga telah di jemput untuk ke rumahNya untuk menunaikan Umrah......
Ensem plak aku dalam nie....ekekkekee
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi kekasih Allah ini, aku dapat merasakan sesuatu yg cukup damai,tenang...satu perasaan yg sgt sukar untuk di ungkap dengan kata2.....setiap penjuru bumi haram seolah2 menceritakan segala peristiwa dan kisah2 yang di lalui oleh baginda Nabi s.a.w dan para sahabat. Perjuangan mereka, kesakitan dan susah payah mereka kerana agama, pengorbanan mereka, kasih sayang mereka terhadap Nabi, kecintaan yg mendalam terhadap agama membuatkan hati ini mencair ( alamakk..mata masuk habuk plak..)
7 hari disini (Mekah) habis semua penjuru, dan lorong aku teroka...sehinggakan terjumpa lorong2 rahsia yang menghubungkan Kaabah terus ke...ehh xleh cerita...rahsia..hahaha
Makanan kat sini mmg x sedap..iya xsedap...dia punya xsedap tu pon setalam penuh mandy lamb aku kerjakan...tu x sedap tu..kalau sedap x tau la mcm mana agaknye.....
Nasik arab kat sini semua guna kambing muda bawah 100 hari....kira anak kambing la....daging lembut, manis dan xde lemak.....harga...hurmmm x boleh tahan...setalam 275 riyal x termasuk air....
Ni mutawif kitaorg...ustaz ensem muda lagi bergaya....Hj Khairi Bin Ismail namanya......hari2 makan kebab..hehehhee
Dia punye ayam, nampak je mcm x habis...tp sebenarnya x cukup... ihik3x
Pokok kurma ni saling x tumpah mcm pokok kelapa sawit kat kebun bapak aku.....
Dua orang tokey kurma...punye la berbelit lidah aku nak cakap arab dengan depa ni, sekali dia ckp melayu daa...
Special nye unta2 kat sini, depa bagi makan rumput alfalfa....terbeliak mata aku bila dia ckp unta sekali makan 10 kg alfalfa sehari....harga alfalfa kalo kat Malaysia RM10/kg...hahahah hambekk ngkau...bela 3 bulan mmg boleh terlingkup..nasib baik aku bela arnab je....bg alfalfa 100 gram je seminggu...
(ni tips nak cepat kaya hokeyyy....)
kat sini jugak bole dapat jubah2 lelaki & wanita dgn harga sungguh menyayat hati dan poket jugak....
3 helai 50 riyal....ada yg sehelai jubah dewasa 15 riyal.....aduhh aduhhh aduhhh....mana tahan beb....
Rasa nak borong dengan tokey2 dia sekali je....
Ramainye lah umat manusia kat sini....setiap waktu sentiasa penuh hingga ke jalan2 raya....
Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
Aku sempat berbuka puasa dengan jemaah2 di masjid Nabawi, amik berkat je, aku x puasa pon...ahaksss
Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
huargghhhhh....hurmmm...mata pon da ngantuk....kalo rajin esok aku sambung dgn entry yang lain.....
selamat malam dunia......
Langgan:
Catatan (Atom)