Ahad, 18 Mei 2014

KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL


 KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL DI PAGOH

Sabtu 26 April 2014.

Pagoh : Pada 26 dan 27 hb April 2014 yang lalu, pihak RVdM dan Maidah Farming Sd Bhd dengan kerjasama Jabatan Veterina Daerah Muar dan TEKUN Nasional telah mengadakan satu kursus khas untuk Arnab Pedaging. 


Kursus selama 2 hari 1 malam itu di hadiri oleh 20 peserta dari seluruh tanahair itu merangkumi teori dan praktikal. Peserta2 bukan sahaja didedahkan kepada teknik memelihara arnab pedaging, tetapi juga diajar cara menyembelih, melapah, memproses, membungkus, menyimpan dan pelupusan sisa.
Dengan yuran kursus sebanyak RM180 bagi setiap peserta, mereka di sediakan tempat tinggal, makan, minum dan nota kursus.



Peserta juga diberikan tunjuk ajar bagaimana mengatasi situasi kematian mengejut di ladang seperti limpa pecah, keracunan, kencing tikus dan lain2 penyakit yang kurang di beri perhatian oleh kebanyakkan penternak.




Disamping itu peserta juga di ajar teknik "Rangsangan" iaitu bagaimana merangsang penjantan supaya ghairah terhadap betina dan mudah mengawan.


Kursus ini dibuat secara santai, bukan di buat di hotel2, bukan didewan2 berhawa dingin, sebaliknya di buat di ladang Maidah Farm supaya peserta dapat merasakan sendiri suasana sebenar ladang yang akan mereka lalui kelak.


Peserta juga didedahkan dengan teknik "penggemukkan" dimana arnab2 dapat di gemukkan supaya mencapai berat ideal untuk di sembelih dalam jangka masa yang singkat.

















Mereka juga di ajar tentang organ2 dalaman arnab, penyakit2 zahir dan batin arnab serta berbagai2 lagi ilmu yang amat sukar diperolehi dari mana2 universiti yg ada di dunia ini. Berbaloi bukan?


Selain itu, proses pembungkusan, penyimpanan dan pelupusan juga di ajar pada hari kedua kursus berlangsung. Kursus ini bukan sahaja di hadiri oleh peserta lelaki sahaja, malahan turut melibatkan peserta wanita dari pelbagai peringkat umur.


Resepi2 dari daging arnab juga turut dipelajari diakhir kursus ini.




Kesemua peserta kali ini di tawarkan dengan Pekej Ternakan Arnab Pedaging bernilai RM10000. Pekej termasuk :


1. Arnab ( 10 jantan 50 betina )
2. Set sangkar 3 tingkat 12 bilik : 5 set
3. Pelet
4. Set ubatan
5. Tong Makanan
6. Meja Grooming
7. Jaminan belian balik hasil ( arnab hidup minima berat 1.6 kg )



Adalah menjadi harapan dan impian kami supaya industri arnab ini terus berkembang dengan baik dan mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan sebagai sumber makanan alternatif kerana ianya mudah di ternak, mudah membiak dan mempnyai permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan luar negara,

Sekian.

P/S : Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Pekej Ternakan Arnab Pedaging ini, boleh berhubung terus dengan kami di :

FB : RabbitVillage d'Muar
012-7123559
email : maidahfarm@gmail.com

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.


TARIKH KURSUS SETERUSNYA :
6, 7 & 8 hb Jun 2015

2 ulasan:

  1. Ass...kum Tuan bila lagi kursus seperti ini akan dia adakan lagi. Saya nak bertanya bagaimana saya boleh menyertai kursus ini. Sekiranya ada bolehkah Tuan menghubungi saya.

    BalasPadam