Isnin, 18 Ogos 2014

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA - KURSUS OGOS 2014

Salam sejahtera buat semua.....

Muar : 16 Ogos 2014 :

Satu kursus Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersil telah di adakan di Tawar Farm & Plantation Muar. Kursus anjuran Maidah Farming Sdn Bhd dengan kerjasama RabbitVillage d'Muar ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam.



Seramai 19 orang peserta dari seluruh tanah air termasuk Sabah juga telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari 18 lelaki dan seorang wanita di tempatkan di chelet yang terletak didalam kawasan yang sama kursus ini dijalankan. Segala makan, minum, penginapan,nota dan lain-lain diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Kursus ini mensasarkan golongan-golongan muda yang mempunyai minat dan azam yang tinggi untuk menjadi penternak arnab pedaging komersil bagi pasaran tempatan dan luar negara.


Pada hari pertama, peserta telah diberikan pendedahan tentang potensi daging arnab untuk dikomersilkan, sasaran pasaran, harga pasaran, kos pengeluaran, konsep dan susun atur ladang, kaedah rawatan, pemakanan, pembiakan, pemilihan baka, pengasingan, penggemukan dan lain-lain lagi.



Pada hari kedua pula, peserta di bawa melawat ke ladang sebenar bagi melihat sendiri dan mendapatkan idea bagaimana perusahaan arnab pedaging ini dijalankan. Setiap peserta juga di berikan peluang untuk menjadi pembekal secara konsisten kepada Maidah Farming SB dengan membekalkan anak-anak arnab hidup yang berumur 2 bulan atau lebih.



Sasaran Maidah Farming adalah untuk melahirkan seberapa banyak usahawan-usahawan penternakan arnab pedaging secara komersil yang mengusahakan sekurang-kurangnya 600 ekor induk dalam satu-satu masa. Kesemua hasil ternakan akan di beli semula oleh pihak Maidah Farming untuk di sembelih, diproses, dibungkus dan dibekukan sebelum di hantar kepada pelanggan sedia ada.





Peserta juga didedahkan dengan cara dan kaedah penyembelihan dan melapah serta pelupusan sisa pemprosesan.







Pada malam itu, peserta dijamu dengan bbq kambing, arnab, ayam, kupang, kerang , sosej, burger dan lain-lain. Kesemua peserta bergotong royong menyediakan makanan dan minuman dan sessi bertukar-tukar fikiran secara santai berlanjutan sehingga ke tengah malam....







Penyampaian sijil pula dilangsung selepas jamuan bbq sekitar jam 945 malam.....dan jamuan disambung semula selepas itu.
















*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

TARIKH KURSUS YANG SETERUSNYA :

6, 7 & 8 hb Jun 2015



Isnin, 11 Ogos 2014

KATERING -SELANGOR - KL - N9 - MELAKA - JOHOR

**HARAP MAAF, PROMOSI INI TELAH TAMAT**


Salam sejahtera kepada semua pengunjung2 Blog GEDIK SANTAI RVdM ni.... 



Dikesempatan ini sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....mintak ampun, mintak maaf byk2 sbb agak terlewat nak buat ucapan...maklumla dengan krisis di Syria dan Palastien skrg nie, ditambah dengan line internet yg laju sikit je dr perjalanan siput sedut ( agaknye mmg gini nasib negara2 maju ek..? ) byk perkara yg telah tertangguh, ditangguh, lupa dan terlupa.....(sobb..sobb...) sedih ni..kowang x sedih ke?



Walaubagaimanapun, sy telah menemui satu formula baru bagi mengelakkan perkara yg sama berulang pada masa akan datang.... 
"Dengan ini saya ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk tahun 2015,2016,2017 dan 2018 jugak...hehehehehe boleh kan..?"



Wookehh..cerita pasal raya nih, aduhhh mmg x menang tgn pengusaha2 katering mcm sy nih...dari 20 ramadhan sampai la ni, sy x dapat lagi nak beraya....tp xpelah..demi tanggung jawab kpd masyarakat majmuk Malaysia, sy korbankan raya saya...acheewahhhh....poyo...hahaha


OK....kepada yg nak buat tempahan katering si gedik santai nih...ada beberapa tambahan menu baru untuk tahun nie



Untuk Tempahan Kambing Golek & Katering - Sepanjang Tahun
012-7123559 Azhan


Kambing Golek - RM1300 2 ekor siap panggang + sos + side dishes
Kambing Golek - RM550 seekor siap panggang + sos
Arnab Golek - RM55 seekor siap panggang + sos
Ayam Golek Berempah : RM20/ekor
Sate Ayam/Daging - RM0.60 secucuk + ketupat dll

Baryani Kambing/Ayam/Daging - RM14.90/pax - (  minimum 200 org  -kurang dr ni harga ada lain sikit yea adik2..abang2..kakak2, pakcik makcik semua )
+
Nasi Baryani Gam
Ayam Masak Merah
Dalca
Acar Buah + Acar Nenas
Papadam
2 Jenis Air Sejuk
2 Jenis Air Panas
2 Jenis Buah2an


LOKASI :

KL & SELANGOR
N9 & MELAKA
SELURUH JAJAHAN TAKLUK JOHOR



TEMPAHAN HENDAKLAH DI BUAT : 

SELEWAT2NYA 2 MINGGU SEBELUM TARIKH MAJLIS
DEPOSIT 70% SEBAGAI PENGESAHAN TEMPAHAN
BAKI 30% DI BAYAR TUNAI SEMASA PENYERAHAN


 


CALL/WHATSAPP/SMS/TELEGRAM
012-7123559 - AZHAN




Isnin, 4 Ogos 2014

PRODUK ISRAEL - BOIKOT !!

LISTS TO BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS
______________
Shops & Clothing:
______________
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- Ray Ban
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren - Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland
______________
Drinks:
______________
- Coca Cola
- Fruitopia
- Pepsi
- Pepsico
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- Nescafé
- Nesquik - Perrier
- Vittel
______________
Foods & Chocolates:
______________
- Nestle
- Maggi(Noodles/soups)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties
- After Eight
- Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)
______________
Makeup/Perfumes & Health:
______________
- L'Oreal
- Clinique - DKNY
e- Prescriptives - Origins - La
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Vaseline
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier
______________
Others:
______________
- Arsenal Football Club
- Philip Morris
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Caterpillar
- Intel - Motorola
- Kotex
- HSBC
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent


* akan di update dr masa ke semasa

Ahad, 3 Ogos 2014

BLAZE OF GLORY

BLAZE OF GLORY

I wake up in the morning
And I raise my weary head
I've got an old coat for a pillow
And the earth was last night's bed
I don't know where I'm going
Only God knows where I've been
I'm a devil on the run
A six gun lover
A candle in the wind


When you're brought into this world

They say you're born in sin
Well at least they gave me something
I didn't have to steal or have to win
Well they tell me that I'm wanted
Yeah, I'm a wanted man
I'm a colt in your stable
I'm what Cain was to Abel
Mister catch me if you can


I'm going out in a blaze of glory

Take me now but know the truth
I'm going out in a blaze of glory
Lord I never drew first
But I drew first blood
I'm no one's son
Call me young gun


You ask about my conscience

And I offer you my soul
You ask if I'll grow to be a wise man
Well I ask if I'll grow old
You ask me if I've known love
And what it's like to sing songs in the rain
Well, I've seen love come
And I've seen it shot down
I've seen it die in vain


Shot down in a blaze of glory

Take me now but know the truth
'Cause I'm going down in a blaze of glory
Lord I never drew first
But I drew first blood
I'm the devil's son
Call me young gun



Each night I go to bed

I pray the Lord my soul to keep
No I ain't looking for forgiveness
But before I'm six foot deep
Lord, I got to ask a favor
And hope you'll understand
'Cause I've lived life to the fullest
Let this boy die like a man
Staring down a bullet
Let me make my final stand


Shot down in a blaze of glory

Take me now but know the truth
I'm going out in a blaze of glory
Lord I never drew first
But I drew first blood
And I'm no one's son
Call me young gun
I'm a young gun

Aduhai Melayu Yang Layu

Hai Melayu !

Sajak ini saje aku kongsikan utk tatapan bersama....
Bukan karangan aku, cuma copy paste...tapi terasa bukan setakat kat muka dan batang hidung je, tapi sampai ke hati, jantung hatta buah pinggang pun turut menerima tempiasnya...

--------------------------1,2.3 mula --------------------------------

Hai melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

-ibn al-khams-



CARA BELI KERETA SECARA TUNAI

Saiful Nang

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
( p/s : artikel ini di copy sepenuhnya dari FB Saiful Nang tanpa kebenaran penulisnya....)

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Selasa, 22 Julai 2014

KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL - OGOS 2014

KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL


SALAM SATU MALAYSIA

MAIDAH FARMING SDN BHD DENGAN KERJASAMA  
EXCO PERTANIAN NEGERI JOHOR, JABATAN VETERINA DAERAH & PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN AKAN MENGANJURKAN SATU KURSUS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIL PADA

16,17 & 18 OGOS 2014

LOKASI 

MAIDAH FARMING SDN BHD
TKPM LUBOK BAKUL
PAGOH, MUAR, 
JOHOR

KURSUS BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI 2 MALAM INI MEMBERIKAN PENEKANAN KEPADA ASAS PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA TEORI DAN PRAKTIKAL.

TARIKH KURSUS : 16,17 & 18 OGOS 2014
HARI : SABTU, AHAD & ISNIN
YURAN 3H2M : RM350/PAX
BILANGAN PESERTA : TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA
KEMUDAHAN : MAKAN,MINUM,PENGINAPAN,NOTA & SIJIL DIBERIKAN SECARA PERCUMA









TEORI :

-          PENGENALAN
-          JENIS & CIRI-CIRI ARNAB PEDAGING
-          PEMILIHAN LOKASI
-          SUSUN ATUR LADANG
      S.O.P LADANG
      PENGURUSAN MASA
-          PEMAKANAN
      PENGIRAAN KOS MAKANAN
      PENYEDIAAN MAKANAN DARI SUMBER ALAMI
-          PENJAGAAN  KESIHATAN
-          PEMBIAKKAN
-          PEMASARAN
-          PELUANG PERNIAGAAN & PELABURAN
-          KERTAS KERJA DAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)









PRAKTIKAL:

-          LAWATAN LADANG
-          MENGENAL  JANTINA
-          PENGASINGAN SANGKAR INDUK
-          MELABEL
-          MEREKOD
-          MENGAWAN
-          MERAWAT
-          KELAHIRAN & PENJAGAAN
-          MENYEMBELIH
-          MELAPAH & MEMPROSES
-          KAEDAH PEMBERSIHAN, PEMBUNGKUSAN & PENYIMPANAN
-          KAEDAH PELUPUSAN SISA
-     PRODUK HILIRAN - BULU, TINJA,ORGAN DALAMAN
-     PEMASANGAN SANGKAR 1 DAN 3 TINGKAT
-     PEMBUATAN SILAJ JAGUNG & NAPIER





















 



Segala pertanyaan & pendaftaran boleh di ajukan terus ke :

012-7123559 (azhan ) - prefer whatsapp
012-2184208 ( haris )

Email : maidahfarm@gmail.com   
FaceBook : https://www.facebook.com/rabbitvillage.dmuar

atau datang terus ke pejabat kami di :

MAIDAH FARMING SDN BHD
NO 13 JALAN 2/27
TAMAN PAGOH JAYA
PAGOH, MUAR





* TEMPAT TERHAD ( HANYA 50 PESERTA SAHAJA )
* TEMPAHAN 2 MINGGU SEBELUM TARIKH KURSUS BERLANGSUNG 
* BUTIR PERIBADI : 

----NAMA PENUH
----ALAMAT
----EMAIL 
----NO KAD PENGENALAN
----NO TELEFON UTK DIHUBUNGI

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA



*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.


TARIKH KURSUS SETERUSNYA :
6, 7 & 8 hb Jun 2015