Isnin, 18 Ogos 2014

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA - KURSUS OGOS 2014

Salam sejahtera buat semua.....

Muar : 16 Ogos 2014 :

Satu kursus Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersil telah di adakan di Tawar Farm & Plantation Muar. Kursus anjuran Maidah Farming Sdn Bhd dengan kerjasama RabbitVillage d'Muar ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam.



Seramai 19 orang peserta dari seluruh tanah air termasuk Sabah juga telah menghadirkan diri untuk mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari 18 lelaki dan seorang wanita di tempatkan di chelet yang terletak didalam kawasan yang sama kursus ini dijalankan. Segala makan, minum, penginapan,nota dan lain-lain diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Kursus ini mensasarkan golongan-golongan muda yang mempunyai minat dan azam yang tinggi untuk menjadi penternak arnab pedaging komersil bagi pasaran tempatan dan luar negara.


Pada hari pertama, peserta telah diberikan pendedahan tentang potensi daging arnab untuk dikomersilkan, sasaran pasaran, harga pasaran, kos pengeluaran, konsep dan susun atur ladang, kaedah rawatan, pemakanan, pembiakan, pemilihan baka, pengasingan, penggemukan dan lain-lain lagi.



Pada hari kedua pula, peserta di bawa melawat ke ladang sebenar bagi melihat sendiri dan mendapatkan idea bagaimana perusahaan arnab pedaging ini dijalankan. Setiap peserta juga di berikan peluang untuk menjadi pembekal secara konsisten kepada Maidah Farming SB dengan membekalkan anak-anak arnab hidup yang berumur 2 bulan atau lebih.



Sasaran Maidah Farming adalah untuk melahirkan seberapa banyak usahawan-usahawan penternakan arnab pedaging secara komersil yang mengusahakan sekurang-kurangnya 600 ekor induk dalam satu-satu masa. Kesemua hasil ternakan akan di beli semula oleh pihak Maidah Farming untuk di sembelih, diproses, dibungkus dan dibekukan sebelum di hantar kepada pelanggan sedia ada.





Peserta juga didedahkan dengan cara dan kaedah penyembelihan dan melapah serta pelupusan sisa pemprosesan.







Pada malam itu, peserta dijamu dengan bbq kambing, arnab, ayam, kupang, kerang , sosej, burger dan lain-lain. Kesemua peserta bergotong royong menyediakan makanan dan minuman dan sessi bertukar-tukar fikiran secara santai berlanjutan sehingga ke tengah malam....







Penyampaian sijil pula dilangsung selepas jamuan bbq sekitar jam 945 malam.....dan jamuan disambung semula selepas itu.
















*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yg boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

TARIKH KURSUS YANG SETERUSNYA :

6, 7 & 8 hb Jun 2015



Tiada ulasan:

Catat Ulasan