Sabtu, 10 Mei 2014

BANGSAL RUNTUH

BANGSAL RUNTUH

Pagoh : Kira-kira jam 1230 tengahari dulu, satu bangsal seluas 80 x 100 kaki persegi yang sepatutnya menempatkan induk arnab2 pedaging RVdM di Ladang Maidah telah tumbang dan musnah sama sekali akibat angin kencang. Ketika kejadian hanya seorang pekerja sahaja berada di lokasi kejadian, manakala beberapa orang pekerja lain telah keluar untuk makan tengahari.

"Sebaik menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian tersebut, saya terus bergegas ketempat kejadian." kata salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan.Beberapa jam sebelum kejadian, pekerja2 tersebut sedang giat menyusun dan memindahkan sangkar 3 tier commercial rabbit cage yang berharga RM499 setiap satu set ke bangsal tersebut. 


Belum pun sempat kerja2 tersebut di siapkan, malangnya bangsal tersebut sudah runtuh. " Kami sangat takut...kami tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi" kata salah seorang pekerja sambil menangis teresak-esak.

 " Sekeliling kawasan ini sepatutnya di ikat dengan konkrit, tetapi kontraktor yg bertanggungjawab telah gagal untuk menyiapkan kerja2 tersebut." kata seorang lagi pekerja sambil menghembus asap rokok gudang garam surianya.

 Ini adalah kejadian yg pertama seumpanaya berlaku di ladang  ini.Walaubagaimanapun pihak kami gagal menemubual pemilik dan pengurus ladang tersebut kerana dipercayai beliau sedang berada di luar negara.
Mujurlah, tiada kematian atau sebarang kecederaan berlaku. Bila di tanya oleh pemberita apakah tindakan susulan yang akan di ambil, dengan pantas mereka menjawab " kami mempunyai Plan B "

Inilah Plan B yang di maksudkan oleh pekerja2 tersebut. Arnab2 telah di pindahkan ke tempat yang lebih selamat, iaitu di bangsal kambing.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

Jumaat, 9 Mei 2014

Tiga Budak Botak - UMRAH 2014

Yuuuhuuuu !! caakkk..baaa...hahaha ni la 3 budak botak ( bukan 3 stooges ehh )
Tanggal 23 hb Mac 2014 yang lalu Alhamdulillah kami sekeluarga telah di jemput untuk ke rumahNya untuk menunaikan Umrah......

 Seramai 10A 1C ( dh mcm keputusan PMR plak ) bertolak dr KLIA menaiki pesawat Saudi Air terus ke Jeddah dan di bawa masuk ke Mekah untuk menunaikan Umrah....
Ensem plak aku dalam nie....ekekkekee






Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi kekasih Allah ini, aku dapat merasakan sesuatu yg cukup damai,tenang...satu perasaan yg sgt sukar untuk di ungkap dengan kata2.....setiap penjuru bumi haram seolah2 menceritakan segala peristiwa dan kisah2 yang di lalui oleh baginda Nabi s.a.w dan para sahabat. Perjuangan mereka, kesakitan dan susah payah mereka kerana agama, pengorbanan mereka, kasih sayang mereka terhadap Nabi, kecintaan yg mendalam terhadap agama membuatkan hati ini mencair ( alamakk..mata masuk habuk plak..)

7 hari disini (Mekah) habis semua penjuru, dan lorong aku teroka...sehinggakan terjumpa lorong2 rahsia yang menghubungkan Kaabah terus ke...ehh xleh cerita...rahsia..hahaha 

Makanan kat sini mmg x sedap..iya xsedap...dia punya xsedap tu pon setalam penuh mandy lamb aku kerjakan...tu x sedap tu..kalau sedap x tau la mcm mana agaknye.....
Nasik arab kat sini semua guna kambing muda bawah 100 hari....kira anak kambing la....daging lembut, manis dan xde lemak.....harga...hurmmm x boleh tahan...setalam 275 riyal x termasuk air....

Ni mutawif kitaorg...ustaz ensem muda lagi bergaya....Hj Khairi Bin Ismail namanya......hari2 makan kebab..hehehhee

Dia punye ayam, nampak je mcm x habis...tp sebenarnya x cukup... ihik3x

Pokok kurma ni saling x tumpah mcm pokok kelapa sawit kat kebun bapak aku.....



Dua orang tokey kurma...punye la berbelit lidah aku nak cakap arab dengan depa ni, sekali dia ckp melayu daa...
Special nye unta2 kat sini, depa bagi makan rumput alfalfa....terbeliak mata aku bila dia ckp unta sekali makan 10 kg alfalfa sehari....harga alfalfa kalo kat Malaysia RM10/kg...hahahah hambekk ngkau...bela 3 bulan mmg boleh terlingkup..nasib baik aku bela arnab je....bg alfalfa 100 gram je seminggu...
(ni tips nak cepat kaya hokeyyy....)

kat sini jugak bole dapat jubah2 lelaki & wanita dgn harga sungguh menyayat hati dan poket jugak....
3 helai 50 riyal....ada yg sehelai jubah dewasa 15 riyal.....aduhh aduhhh aduhhh....mana tahan beb....
Rasa nak borong dengan tokey2 dia sekali je.... 

Ramainye lah umat manusia kat sini....setiap waktu sentiasa penuh hingga ke jalan2 raya....


 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
  Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
  Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....


 Aku sempat berbuka puasa dengan jemaah2 di masjid Nabawi, amik berkat je, aku x puasa pon...ahaksss
 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....

 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....

huargghhhhh....hurmmm...mata pon da ngantuk....kalo rajin esok aku sambung dgn entry yang lain.....

selamat malam dunia......

Rabbit Park : Taman Arnab RabbitVillage di JayaOne PJ

Salam satu Malaysia....
Bersempena menyambut Arba Rabbit Show di JayaOne pada 20 hb April yang lepas, RVdM juga menyibuk dengan membuka satu taman arnab mini yang di sponsor sepenuhnya oleh pihak JayaOne...
Perghhh..best gila bukak taman arnab bila ada org sponsor....tak payah susah2 bukak khemah bagai....bukan sehari...bukan 2 hari...bukan tiga hari...tapi berhari..hari..hari...hari sehinggalah 9 hari ngkooo.... 





 

Cantik kan....pandai designer yg buat nih.....lain yg aku mintak, lain yg jadik...hahahhaha...tp x pe lah.....
Sepanjang 9 hari tu, org dtg mmg x putus2....sampai lembek arnab2 tu dikerjakan pengunjung....ada yg tarik telinga, ada yg tarik ekor, ada yg tarik kaki...ada yg tunjuk pandai...ada yg memandai2....haihhh mcm2 perangai manusia nih....


 
 
oleh kerana pengunjung yg terlalu ramai..maka aku hadkan kepada 15 org je dlm satu2 masa...max 15 minit je..mana yg tak dengar kata, aku pulas telinga...hahaha nasib la...












Sekian.....semoga berjumpa lagi di next show...

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA