Jumaat, 9 Mei 2014

Tiga Budak Botak - UMRAH 2014

Yuuuhuuuu !! caakkk..baaa...hahaha ni la 3 budak botak ( bukan 3 stooges ehh )
Tanggal 23 hb Mac 2014 yang lalu Alhamdulillah kami sekeluarga telah di jemput untuk ke rumahNya untuk menunaikan Umrah......

 Seramai 10A 1C ( dh mcm keputusan PMR plak ) bertolak dr KLIA menaiki pesawat Saudi Air terus ke Jeddah dan di bawa masuk ke Mekah untuk menunaikan Umrah....
Ensem plak aku dalam nie....ekekkekee






Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi kekasih Allah ini, aku dapat merasakan sesuatu yg cukup damai,tenang...satu perasaan yg sgt sukar untuk di ungkap dengan kata2.....setiap penjuru bumi haram seolah2 menceritakan segala peristiwa dan kisah2 yang di lalui oleh baginda Nabi s.a.w dan para sahabat. Perjuangan mereka, kesakitan dan susah payah mereka kerana agama, pengorbanan mereka, kasih sayang mereka terhadap Nabi, kecintaan yg mendalam terhadap agama membuatkan hati ini mencair ( alamakk..mata masuk habuk plak..)

7 hari disini (Mekah) habis semua penjuru, dan lorong aku teroka...sehinggakan terjumpa lorong2 rahsia yang menghubungkan Kaabah terus ke...ehh xleh cerita...rahsia..hahaha 

Makanan kat sini mmg x sedap..iya xsedap...dia punya xsedap tu pon setalam penuh mandy lamb aku kerjakan...tu x sedap tu..kalau sedap x tau la mcm mana agaknye.....
Nasik arab kat sini semua guna kambing muda bawah 100 hari....kira anak kambing la....daging lembut, manis dan xde lemak.....harga...hurmmm x boleh tahan...setalam 275 riyal x termasuk air....

Ni mutawif kitaorg...ustaz ensem muda lagi bergaya....Hj Khairi Bin Ismail namanya......hari2 makan kebab..hehehhee

Dia punye ayam, nampak je mcm x habis...tp sebenarnya x cukup... ihik3x

Pokok kurma ni saling x tumpah mcm pokok kelapa sawit kat kebun bapak aku.....



Dua orang tokey kurma...punye la berbelit lidah aku nak cakap arab dengan depa ni, sekali dia ckp melayu daa...
Special nye unta2 kat sini, depa bagi makan rumput alfalfa....terbeliak mata aku bila dia ckp unta sekali makan 10 kg alfalfa sehari....harga alfalfa kalo kat Malaysia RM10/kg...hahahah hambekk ngkau...bela 3 bulan mmg boleh terlingkup..nasib baik aku bela arnab je....bg alfalfa 100 gram je seminggu...
(ni tips nak cepat kaya hokeyyy....)

kat sini jugak bole dapat jubah2 lelaki & wanita dgn harga sungguh menyayat hati dan poket jugak....
3 helai 50 riyal....ada yg sehelai jubah dewasa 15 riyal.....aduhh aduhhh aduhhh....mana tahan beb....
Rasa nak borong dengan tokey2 dia sekali je.... 

Ramainye lah umat manusia kat sini....setiap waktu sentiasa penuh hingga ke jalan2 raya....


 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
  Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....
  Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....


 Aku sempat berbuka puasa dengan jemaah2 di masjid Nabawi, amik berkat je, aku x puasa pon...ahaksss
 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....

 Kesudut mana pun kita pegi, kita akan mendapati mereka2 ini sibuk dengan, muzakarah, mengaji, menghadiri majlis2 ilmu dan lain2.....

huargghhhhh....hurmmm...mata pon da ngantuk....kalo rajin esok aku sambung dgn entry yang lain.....

selamat malam dunia......

Rabbit Park : Taman Arnab RabbitVillage di JayaOne PJ

Salam satu Malaysia....
Bersempena menyambut Arba Rabbit Show di JayaOne pada 20 hb April yang lepas, RVdM juga menyibuk dengan membuka satu taman arnab mini yang di sponsor sepenuhnya oleh pihak JayaOne...
Perghhh..best gila bukak taman arnab bila ada org sponsor....tak payah susah2 bukak khemah bagai....bukan sehari...bukan 2 hari...bukan tiga hari...tapi berhari..hari..hari...hari sehinggalah 9 hari ngkooo.... 





 

Cantik kan....pandai designer yg buat nih.....lain yg aku mintak, lain yg jadik...hahahhaha...tp x pe lah.....
Sepanjang 9 hari tu, org dtg mmg x putus2....sampai lembek arnab2 tu dikerjakan pengunjung....ada yg tarik telinga, ada yg tarik ekor, ada yg tarik kaki...ada yg tunjuk pandai...ada yg memandai2....haihhh mcm2 perangai manusia nih....


 
 
oleh kerana pengunjung yg terlalu ramai..maka aku hadkan kepada 15 org je dlm satu2 masa...max 15 minit je..mana yg tak dengar kata, aku pulas telinga...hahaha nasib la...












Sekian.....semoga berjumpa lagi di next show...

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Isnin, 5 Mei 2014

CIP UBI KAYU AGROMAS - PERISA KARI

Salam sayang...salam 1Malaysia...acheewahhh...hahahhaa....

Sudah agak lama aku agak kesunyian dari mengapdet entry nih..mesti ramai yg merindui aku..buuweekk       ( maaf ayat tunggang langgang kesan dari direct transate gne gugel dr tamil ke melayu )

Gambar2 dah mmg sedia ada...tapi perasaan malas dan kesibukan yg melanda selatan filipina baru2 nie amat memberi kesan pada diriku...

Beberapa purnama yang lalu dalam perjalananku ke Penang, aku sempat singgah di satu RnR ke apa tah...tp tempat tu mmg kat tepi highway menghala ke utara...AgroBazar ke apa la gitu nama diberi...lupa sudah..maklomla dah tuweee....

Aku ni plak mmg jenis sapot abis industri makanan negara, so tanpa membuang masa aku pon membuang la duit RM3.50 bagi mendapatkan Cip Ubi Kayu seberat 80 gram sebungkus ( sila rujuk gambar di bawah  ).


Perghhhh dia punye rasa wa cakap lu..mmg x boleh celen la dgn mana2 kerepek ubi keluaran uganda....Bila plastik di bukak je..tadaaaa!!!! tu dia..penuh isik dia dengan angin...iya angin...apa kowang ingat penuh kerepek ke? ini Malaysia wookeyy....beli 80 gram banyak plk songeh.
 Jika anda mempunyai gigi yg kuat mcm geraham gajah, anda pasti menyukainya....di goreng garing ( sampai terlebih garing pon ada..nak cakap hangus x baik plk..nnt org ckp x sapot produk tempatan ) dengan ketebalan yang tak sekata, masin2 manis mmg membuatkan mataku segar sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke Penang...( memang setiap yg berlaku itu ada hikmahnya )

Sampai kat Penang kalu...apa lagi...pasemboq la..pasemboq...pasemboq....mee udang...char kuey teow..nasik kandaq...udang bakaq...kari kapla ikan...sotong pulut...sop ekoq.....maaf gambar x sempat nak amik...filem abis.

 Lps mkan2 tu cheq bawak la mata ayaq cheq ni pi jenjalan kat gurney drive....amboiii tu diaaaa anak2 mami sini...komain lagi hangpa melaram bila tau cheq nak mai naaa....tempek2 bedak, ghincu bagai.....


 Setel jenjalan cuci mata, kaki pon da capek, cheq pon kembali la kepangkal jalan....hahahaha awat jadik lagu ni...? ooooo depa da tolong jaga kereta cheq la....terima kasih byk2 MPPP naaa.... semuga dgn RM50 tu dapat menjana ekonomi PP dengan lebih dahsyat...ekekekekek....

Sekian.....(biol sudah)

Jumaat, 27 Disember 2013

EFFECTIVE MICRO ORGANISM - EM


Bagi mengatasi masalah :

BAU
HAMA
KURAP
FUNGUS
KUTU
SERANGAN SERANGGA
KURANG SELERA MAKAN
KECACINGAN

Dapat meningkatkan :

KESIHATAN
KESUBURAN
MENAMBAH SELERA MAKAN
TAHAN SERANGAN PENYAKIT

Ia dirumus khas bagi meningkatkan daya tahan haiwan ternakan dan haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing, burung,ayam, lembu, kambing itik, angsa dan lain2.

Penggunaan

1 : 1000
Dicampur dengan air bebas klorin sebagai minuman haiwan

1:500
Dicampur dengan air bebas klorin sebagai semburan

Sebagai alternatif kepada antibiotik dan dapat mengurangkan kos rawatan dan perubatan

HARGA : RM10.00 SEBOTOL
KANDUNGAN : 250 ml
LOKASI : BANGI / KAJANG / MUAR / BATU PAHAT.



012-7123559 - AZHAN (PREFER WASSAP

Ahad, 1 Disember 2013

Susu Kambing Asli - Sejarah, Keajaiban dan Hadis-hadis Mengenainya.

Susu Kambing Asli

Satu Botol : 250 ml
Harga : RM 5.00 / botol
Pengedar & Pemborong dialu-alukan ( diskaun 30% bagi belian 20 botol keatas )
Hubungi : 012-7123559 Azhan   012-2184208  Harris
Facebook : MaidahFarm SdnBhd

Sejarah susu kambing dalam Islam

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam. 

NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith) 

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak , Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing kerana sesuai dengan fitrah manusia.(minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).


Koleksi Hadis mengenai susu kambing/kambing



1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]

8. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]

*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.


Keajaiban Kambing


Susu Kambing , Sunnah Nabi Yang Dilupakan

Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.


KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
  • Penyakit deman kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering atau TB.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

Barakah Kambing

Tidaklah Allah Ta'ala syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya. 

Andai kata kambing termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.

Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:

اتخذوا الغنم فإن فيها بركة

" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).

Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak)

*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber