Jumaat, 26 Februari 2016

Resepi Pemalas Tahap Yoda

Haii ollsss....
Haaa tengok...nak tulis pun malas..huhuuuu....

Spaghetti 1 bungkus ( direbus + minyak sikit biar tak melekat...tu pon kalau masih ada sisa2 kerajinan...huhuuu )

Di kisar :
Tomato 10 biji
Cili Padi 10 tangkai

Daging/ayam kisar 400 gram
Gula 2 sudu
Air 1 cawan ( ikut la nak pekat ke nak cair )
Sos Tomato 200g ( hantam sahaja apa jenama pun )
Sos Cili 200g ( pon hantam je...)
Sardin 1 tin ( hancurkan )
Bawang besar 3 biji ( dipotong kecil )

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih..kalau kurang pekat, tambahkan lagi sos cili/sos tomato

Siap untuk dihidangkan kepada 10++ orang



Nak bagi lagi masam dan meleleh air liur, cuma perlu perahkan limau nipis sikit...tak ada limau nipis, limau mandrin pon boleh...hahahaaaa

Dijamin suci, halal dan lazizzzzstt...

Yang pentingnya anda tak perlu jadi rajin untuk menikmati hidangan yang lazat...






Jika sos ada lebih, boleh buat spaghetti goreng.

Caranya :

Panaskan sos spaghetti dalam kuali.
Pecahkan sebiji telur dan gaul
Masukkan mee kuning / spaghetti
Siap..!!

Jadilah Spaghetti goreng yang lazat dan berkhasiat.

( gambar sebagai hiasan sahaja )





Selamat bermalas-malasan dihujung minggu...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan