Rabu, 28 Oktober 2015

#22 : You Cannot Be Somebody If You Cannot Be Yourself

Ada satu lagu arab tu, tajuknya Kun Anta.....lirik biasa je...tapi aku suka ( ehh sejak bila pulak aku suka lagu arab plak nih ? ) Mula-mula suka, lama-lama rasa macam kene perli pulak..huhuuu....ke korang yang dengar lagu tu tak de rasa apa-apa ? makna nya korang ni memang tidak hipokrit...syabass...


"....do you have to be like others ? "




#21 : Jangan Tengok.... " Cikgu Cantik, Saya Nak Jadi Superhero !! "

Budak-budak zaman sekarang ni untung sebab dapat cikgu yang comel lote...dah la comel, boleh berselfi laga pipi lagi...huhuuuu....
Zaman aku dulu, nak dapat cikgu yang suka senyum pun payah..lebih-lebih lagi cikgu disiplin atau penolong kanan.....silap sikit kene diri atas kerusi...datang lambat kene kutip sampah keliling sekolah..tak siap kerja sekolah, kene diri luar kelas.....

Kalau budak-budak sekarang kene macam tu, aku rasa paling tidak pun cikgu tu dah kene tukar sekolah kat pendalaman Sarawak...

There's much more truth that you are blind to.......

*************************************************

Iklan



Ok berbalik kepada cerita sekolah tadi ( potong stim betol la iklan atas tu kan? huhuhuu ) Cita-cita rakan sebaya aku tak ada la tinggi melepasi langit macam dalam drama melayu kat tv tu.....tak tercapai lagi dek akal nak jadik kaya raya jadik CEO syarikat ntah apa-apa dengan gelaran datok tan sri bagai yang konon humble dengan awek silih berganti....piirahhh mabuk...berpijak lah dibumi nyata ( ehh..ehhh apa aku merapu ni ? - ok tu cerita lain )

Apa yang tersiratnya ialah aku nak bagi tau bahawa kebanyakkannya pengarah-pengarah filem & drama kat Malaysia ni xde kualiti...huhuuuu
Hanya selayaknya macam gambar yang ditunjukkan diawal iklan dibawah ni... ( adehhh iklan lagi..hahahaaa )




#20 : Giving is The Best Communication

Dulu masa aku kecik-kecik, part yang paling aku suka bila tengok tv adalah masa iklan...hehehe
Rasanya sampai sekarang pon aku masih suka pada iklan-iklan kat tv....qu putih misalnya...huhuuuu

Ok ni ada satu iklan yang agak menarik untuk di tonton...


Giving is The Best Communication



Ok tak...? tissue mana tissue..? 

Biasanya iklan-iklan kat tv ni berbayar. Dah la berbayar, banyak pulak tu......jadi untuk tidak menghampakan korang semua, aku tambah lagi satu iklan...

Selamat menonton.....


My Dad Is A Liar......


Selasa, 27 Oktober 2015

Catatan #19 : Rancangan Perniagaan - Bahaya Forex


" Gagal Merancang seolah-olah merancang kegagalan"

Salam Bajet Tahun 2016 yang merupakan permulaan kepada Tahun Bajet dan berjimat cermat terutamanya kepada rakyat Malaysia....









Mesti ada yang sudah berkira-kira atau mula merancang apa yang perlu dilakukan untuk tahun-tahun mendatang ini. Bagi yang ingin memulakan perniagaan tidak kira samada perniagaan kecil atau sederhana atau besar, mulakanlah dahulu dengan perancangan yang betul yang akan menjadi garispanduan untuk diikuti. Setiap apa yang kita lakukan, lakukanlah dengan Ilmu dan sepenuh hati...untuk berjaya didunia kita perlukan Ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu.... Janganlah jemu dan segan untuk belajar sesuatu ilmu walaupun ianya nampak remeh... 


"Knowledge is POWER" kawan.....orang yang berilmu tidak akan takut untuk melakukan sesuatu dan tidak akan takut untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan  serta cabaran...acheewahhhh...huhuuu

OK, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan dengan Rancangan Perniagaan.

Mula....



Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
  1. Nama Syarikat
  2. Jenis perniagaan yang diceburi
  3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  4. Status dan saiz projek
  5. Produk
  6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  7. Anggaran kos projek

Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
  1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
  2. Merancang perlaksanaan projek.
  3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
  5. Lain-lain.

Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:
  1. Alamat
    Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  2. Bentuk perniagaan
    Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
  3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
    Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  4. Modal Permulaan
    Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
  5. Bank
    Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.

Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
  1. Nama penuh
  2. No. kad pengenalan
  3. Tarikh lahir
  4. Umur
  5. Alamat Tetap
  6. No telefon
  7. Taraf perkahwinan
  8. Kelulusan akedemik
  9. Kursus yang pernah dihadiri
  10. Kemahiran
  11. Pengalaman
  12. Pekerjaan sekarang
  13. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
  1. Pentadbiran
  2. Carta Organisasi
  3. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  4. Spesifikasi Tugas
  5. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  6. Senarai Keperluan Pejabat
  7. Perbelanjaan Pentadbiran
  1. Perbelanjaan aset
  2. Perbelanjaan bulanan
  3. Lain-lain perbelanjaan

Bahagian 8 - Rancangan Operasi
  1. Carta aliran Proses
    Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
  2. Unit pengeluaran / jam operasi
    Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
  3. Keperluan bahan
    Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
  4. Tenaga Kerja
    Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
  5. Mesin dan peralatan
    Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
  6. Susun atur Ruang Operasi
    Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
  7. Lokasi
    Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
  8. Overhead operasi
    Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
  9. Perbelanjaan Operasi
    Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.

Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
  1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
    Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
  2. Sasaran Pasaran
    Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
  3. Saiz Pasaran
    Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
  4. Pesaing-pesaing utama
    Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
  5. Kekuatan dan kelemahan pesaing
    Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
  6. Syer pasaran
    Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
  7. Ramalan Jualan
    Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
  8. Strategi Pemasaran
  1. Strategi Barangan
    Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.
  2. Strategi Promosi
    Bentuk Promosi yang dicadangkan
  3. Strategi harga
    Harga seunit yang dicadangkan.
  4. Strategi edaran
    Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
  1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
  2. Penyata-penyata kewangan:
    1. Aliran wang tunai
    2. Penyata pendapatan
    3. Kunci kira-kira
    4. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
    5. Kos pelaksanaan Projek
    6. Pelaburan aset tetap:
      Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
    7. Modal Pusingan:
      Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
    8. Lain-lain perbelanjaan:
      Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)
  3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
    1. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
    2. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
    3. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)
  4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
    1. Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
  5. Prestasi Penyata Pendapatan
    1. Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
  6. Prestasi Kunci kira-kira
    1. Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.
  7. Analisis Daya Maju Kewangan
    1. Nilai kini bersih
    2. Kadar Pulangan dalaman
    3. Nisbah faedah kos
    4. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Contoh-Contoh Jadual
Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
Bil
Jawatan
Bil pekerja
1
Pengurus
1
2
Kerani kewangan
2
3
Pekerja Ladang
4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas
Jawatan
Tanggungjawab
Pengurus
  1. Menyelia operasi ladang.
  2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan
  1. Pembayaran gaji pekerja
  2. Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Pengurus
1
3500.00
350.00
150.00
3900.00
Kerani
2
750.00
75.00
50.00
875.00

Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat
JENIS
BILANGAN
Jumlah RM
1.Perabut Pejabat
1 set
1000.00
2. Komputer
2 unit
5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran
Butir
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan(bulanan)
RM
Lain-lain Perbelanjaan
(RM)
1. Perabut Pejabat
1000.00


2. Komputer
5000.00


3.Gaji dan caruman

4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja


2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Ramalan
Jualan




























Jadual Perbelanjaan Pemasaran
Butir
Perbelanjaan harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Lain-lain Perbelanjaan
RM)
1.Kenderaaan (van)
40000.00


2. Promosi

100.00

3. Insuran dan cukai jalan


500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah
Jenis Bahan
Kuantiti Digunakan
Stok simpanan
Harga seunit
Jumlah belian
1. Jagung
100 kg
100 kg
0.40
80.00
2. soya





Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Penyelia
2
3000.00
300.00
150.00
3450.00
Pekerja
4
2400.00
240.00
100.00
2740.00

Jadual mesin dan peralatan
Jenis
Harga
Bilangan
Jumlah Harga
1. Chopper
5000.00
1
5000.00
2. Otomatik drinker
12000.00
1
12000.00

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi
Butir
Perbelanjaan Harta (RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper
5000.00


2.otomatik drinker
12000.00


3.Gaji dan caruman

6190.00

4.



Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------
2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ----------------------
3. Lain-lain perbelanjaan ----------------------
4. Belanja Luar Jangka ----------------------
Jumlah Kos Projek ----------------------

Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal sendiri ----------------------
2. Pinjaman ---------------------
3. Sewa beli ----------------------
4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------
Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------
Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC
Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)

2002
2003
2004
2005
Hasil




Jualan
100,000
100,000
100,000
100,000
- kos Barang dijual
70,000
70,000
70,000
70,000





Untung kasar
30,000
30,000
30,000
30,000
- Belanja-belanja




Pentadbiran
5,000
5,000
5,000
5,000
Pemasaran
3,000
3,000
3,000
3,000
Kewangan
1,000
1,000
1,000
1,000
Jumlah Belanja
9,000
9,000
9,000
9,000
Untung Bersih
21,000
21,000
21,000
21,000
Contoh Prestasi Kunci kira-kira
Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada :
Tahun
2002
2003
2004
2005
Aset Tetap




Kenderaan
50,000
45,000
40,000
35,000
susut nilai
5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Perlalatan
50000
45,000
40,000
35,000
-susut nilai
5,000
5,000
5,000
5,000
Jumlah
45,000
40,000
35,000
30,000
Aset Semasa




Tunai
15,000
20,000
25,000
30,000
Si berhutang
10,000
10,000
10,000
10,000
Stok bahan mentah
5,000
5,000
5,000
5,000
Stok akhir
10,000
10,000
10,000
10,000
Jumlah
40,000
40,000
40,000
40,000
JUMLAH ASET
130,000
130,000
130,000
130,000





Ekuiti




Modal sendiri
10,000
10,000
10,000
10,000
Untung Bersih
21,000
21,000
21,000
21,000
Jumlah









Liabiliti




Baki Pinjaman
90,000
90,000
90,000
90,000
Pemiutang
9,000
9,000
9,000
9,000
Jumlah









JUMLAH EKUITI dan LIABILITI
130,000
130,000
130,000
130,000

Bahagian 11 - Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan) Contohnya:-

  1. Surat sebutharga
  2. Sijil kursus
  3. Surat sokongan pihak tertentu
  4. Surat dapat tender
  5. Sijil pendaftaran syarikat
  6. Salinan permit/lesen
  7. Surat-surat kepujian
  8. Bukti modal sendiri
  9. Salinan surat Cagaran
  10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

Beginilah serba sedikit RP yang perlu disediakan oleh setiap individu atau syarikat sebagai rujukan dan panduan bagi menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Mudah bukan?