Salam 1Malaysia...
Harga Emas Terus Menjunam
Today’s gold market is being defined by two trends:
aggressive selling by investors in North America through exchange-traded funds,
and aggressive buying by consumers in Asia. -RVdM
Seperti yang sudah di jangka, harga emas terus menjunam ke paras terendah dalam masa 4 tahun berikutan penjualan besar-besaran oleh pengurus2 dana terbesar dunia termasuk lah BlackRock Inc. dan juga Northern Trust Corp. Seperti biasa George Soros sudah lama melihat ini sebagai satu peluang selepas menghuru-harakan dunia dengan perdagangan matawang, kini dilihat melepaskan sebahagian besar pegangan emasnya semenjak 2011 lagi..
Harga emas sekarang ini bukanlah harga sebenar lagi sebaliknya adalah harga spekulasi di mana pelabur jahil masih termakan dengan limpahan janji manis penjual-penjual emas yang sebahagian besarnya bukanlah penyelidik (analyst ) yang mengkaji pergerakkan dan pola perubahan harga emas serta kitaran turun naik emas semasa, sebaliknya hanya bergantung kepada laporan-laporan dangkal akhbar.
Secara lojiknya, jika difikir ( jika masih mahu berfikir ) mengapa laporan2 sedemikian dikeluarkan..? Jawapannya adalah mudah - KERANA MEREKA INGIN MENJUAL !!
...dan kenapa masih ada yang membeli..? Jawapannya : ada didalam diri anda sendiri....
-bersambung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan