Sabtu, 25 Mei 2013

HARGA EMAS TERUS MENJUNAM - Pt II

Salam 1Malaysia

"don't take anything said in the printed media too seriously.."

Peningkatan harga emas selama 12 tahun telah diambil sebagai kayu pengukur oleh sebahagian besar penjual emas fizikal ( physical gold trader ) bagi meyakinkan para pembeli dan pelabur ( pelebur? ) bahawa harga emas akan terus meningkat dan meningkat tanpa sebarang sessi pembetulan harga        ( correction on price ).

Perkara ini telah dibincangkan, dibahas, didebat dan di macam-macam lagi adakah harga emas akan terus menuju ke arah utara tanpa henti dan adakah emas masih relevan dijadikan simpanan pelaburan yang kalis inflasi ?

Jawapannya : Ya dan Tidak.

Ya : Emas masih relevan sebagai precious metal yang boleh dijadikan sebagai simpanan dan pelaburan dengan syarat ia dibeli pada nilai sebenar.

Tidak : Emas fizikal tidak boleh di jadikan sebagai medium pelaburan jika dibeli pada masa yang salah.

Kejatuhan terbesar harga emas dalam tempoh 30 tahun telah menghakis $1 trillion usd nilai rizab emas dunia menjadikan pelabur-pelabur kecil dan pra matang mulai mencongak-congak arah pelaburan mereka akibat penyusutan 1/4 dari nilai pelaburan mereka. Hanya dalam tempoh kurang 18 bulan kepingan emas fizikal yang dijual pada harga RM170 - RM190 telah merosot ke paras RM130 - RM140 segram.

Trend yang semakin menurun ini di jadikan alasan oleh penjual tamak untuk meraih untung segera dengan memanipulasi pelabur-pelabur malas yang hanya berdoa dan berharap dapat melonggok kekayaan sebagaimana generasi sebelum mereka.
Jika kelebihan ( malas & tamak ) ini dihakis dengan memecahkan tembok kejahilan minda, dengan sekilas pandang sahaja mereka dapat meneka apa yang sedang dan akan berlaku pada carta diatas.

Lebih malang lagi, ada yang membeli emas fizikal lantas mencagarkan semula ke bank2 kononnya untuk membiayai perniagaan mereka.

Adakah logik RM20 000 di belanjakan untuk membeli jongkong emas, kemudian dicagarkan semata2 untuk mendapatkan RM14 000 sebagai modal disamping membayar kos cagaran dan kos simpanan..? dan perlu ditebus semula diakhir tempoh matang atau menghadapi risiko kehilangan ?
* sebahagian besar bank hanya menerima 70% dari nilai emas semasa

-bersambung-

" sesungguhnya peringatan itu hanyalah berguna untuk mereka yang mahu berfikir"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan