Khamis, 8 Januari 2015

PIZZA SARDIN DAN SOSEJ

PIZZA SARDIN DAN SOSEJ



BAHAN DOH PIZZA :
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :-
Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.
-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Selamat Mencuba

Sabtu, 3 Januari 2015

Kedudukan Jemaah Tabligh Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kedudukan Jemaah Tabligh Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Submitted by FatwaMalaysia on 20 January 2014 - 8:10am

ISU:

Mohon penjelasan kedudukan jemaah tabligh menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

PENJELASAN:

Jamaah Tabligh ditubuhkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau menuruti Tarikat Chistiyyah. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman)

Dari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa (tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan mengamalkan amalan-amalan sunat .

Dari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu-satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab.

Mereka berpegang dengan enam prinsip utama:

1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)
2. Solat khusyu' dan khudu' (ketundukan)
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)
5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)
6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan.

Berdasarkan keenam-enam prinsip ini, kesemuanya pada asasnya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma penekanan yang diberikan oleh jamaah tabligh adalah lebih kepada aspek kerohanian dan kurang memberi penekanan kepada aspek lain. Adapun perbezaan pendekatan yang dibawa oleh jemaah tabligh seperti keluar dalam jumlah hari-hari tertentu termasuk dalam konteks ijtihadi.

Wallahu a'lam.

Jumaat, 2 Januari 2015

KISAH SEORANG HAMBA YANG 'NAMMAM'

KISAH SEORANG HAMBA YANG 'NAMMAM'

Hammad bin Salamah berkata: Pada zaman dahulu ,ada seorang yang ingin menjual seorang hamba, dibawanya ke pasar untuk dijual, datang seorang pembeli lalu berkata penjual: "Hamba ini tidak ada cirinya kecuali ‘namimah/Nammam" yakni suka menyebar khabar angin (suka bergosip)”.

Namun ianya dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibelinya, dan setelah beberapa hari ditempat majikannya, tiba-tiba hamba itu memulakan gosip yang tidak berasas,dia berkata kepada isteri majikannya: "Suamimu sudah tidak cinta kepadamu lagi dan dia akan berkahwin lagi, apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?"
Jawab isteri itu: "Ya."

Hamba "Lalu kalau begitu malam ini kamu ambil pisau cukur dan cukur janggut suamimu yang bahagian dalam (dileher) ketika suamimu sedang tidur, saya akan bawakan janggut itu kepada bomoh supaya suamimu mencintaimu sepenuh hatinya” ."
Kemudian dia pergi pula kepada majikannya (suami) dan berkata kepadanya: "Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan untuk membunuhmu, jika kamu ingin mengetahui buktinya maka cuba berpura-pura tidur malam ini."

Maka si suami berpura-pura tidur dan malam itu datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya, suaminya menyangka benar apa yang dikatakan hamba tersebut bahwa isterinya akan membunuhnya sehingga dia bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuhnya.

Oleh kerana kejadian itu maka datang keluarga dari pihak isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara keluarga dan suku kaum suami dengan keluarga dan suku kaum isteri.

Segalanya berpunca dari khabar angin kemudian terjadinya peperangan besar antara suku kaum. Inilah kesan negatif yang besar yang diakibatkan tabiat suka bergosip dan menyebarkan berita khabar angin. Ulama mengatakan bahawa fitnah itu sesuatu yang tidur maka terkutuklah keatas siapa yang mengejutkannya sehingga ramai yang terjaga yakni mengetahuinya.

Sabda Nabi saw “ Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik atau diam “.

Sabda Nabi lagi “ Barangsiapa yang banyak diam, akan selamat “.

 “Tidak memasuki syurga an-Nammam/al-Qattat iaitu orang yang suka bergosip dan menyebar khabar angin”.

(Tanbihul Ghafilin)