Rabu, 21 Ogos 2013

Ladang Kambing Maidah Farming Sdn Bhd

Ladang Kambing : Maidah Farming Sdn Bhd

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di rancangaaaaaannn....senyum kambinggggg...hahahaha


 Tahun 2013 merupakan tahun yang cukup mencabar bagi diriku...aku nekad meninggalkan keselesaan dikerusi empuk berhawa dingin untuk bergelumangan dengan alam....aku merasakan sedikit demi sedikit apa yang aku impikan selama ini hampir menjadi kenyataan.



Penternakan bukanlah satu bidang yang asing bagi diriku...aku dibesarkan di kampung dengan dikelilingi ayam itik lembu kambing dan pokok2 buahan menjadi teduhan hari2 'nakal' ku...



Kini aku membuka jalan pula kepada generasi selepasku untuk terus berani mengorak langkah kehadapan..


Susah senang jatuh bangun adalah sebahagian dari proses pematangan.....kesan parut yg terukir di tulang 4 keratku menjadi memori indah untuk diceritakan kepada anak cucuku nanti



 Setiap orang mempunyai impian..tetapi impian yang tidak disulami dengan usaha dan kesungguhan adalah angan2 sahaja....




Padang Ragut

Kawasan Tangki di belakang bangunan pejabat

Ruang Dapur Yang Luas dan Selesa

Bangunan Pejabat, Bilik Seminar dan Rumah Tumpangan




Masih banyak lagi kekosongan yang belum terisi.....








Rumah Pengumpulan Tinja Kambing 


Chopper

Macam kat Gunung Kinabalu ngkauuu...hahahhaa



Majulah Kambing Untuk Semua


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

Khamis, 15 Ogos 2013

MENGAPA KEMENANGAN LAMBAT TIBA...(MUHASABAH)

MENGAPA KEMENANGAN LAMBAT TIBA...(MUHASABAH)

August 15, 2013 at 4:43pm
Seorang utusan Sayyidina Umar bin Khattab telah datang melaporkan berita gembira di atas kemenangan tentera Islam dalam sebuah peperangan di zaman itu.

Sayyidina Umar bertanya: "Bilakah bermulanya peperangan tersebut?" Tentera Islam menjawab: "Sebelum waktu Dhuha."

Sayyidina Umar bertanya lagi: "Bilakah pula kalian meraih kemenangan?" Tentera Islam memberitahu: "Sebelum Maghrib."

Tiba² Sayyidina Umar menangis sehingga basah janggutnya. Mereka kehairanan lantas bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kami membawa berita gembira buatmu; berita kemenangan namun mengapa Tuan menangis?"

Sayyidina Umar pun berkata: "Demi Allah, sesungguhnya kebatilan tidak akan dapat bertahan apabila berhadapan dengan kebenaran di sepanjang zaman kecuali (ia akan mampu menentang kebenaran) disebabkan dosa yang dilakukan oleh kalian atau dosa yang dilakukan oleh aku."

Beliau menyambung bicaranya "Kita adalah umat yang tidak akan menang disebabkan kerana bilangan (yang ramai) & peralatan perang yang lengkap. Akan tetapi kita adalah umat yang akan menang dengan sedikitnya dosa yang kita lakukan & banyaknya dosa yang musuh lakukan. Jika saja dosa yang kita lakukan setimpal dosa yang mereka lakukan, merekalah yang akan memperoleh kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai dan peralatan yang canggih.."

يا تواب تب علينا وارحمنا وانظر إلينا :'(

Wahai Tuhan Penerima taubat, terimalah taubat kami, rahmatilah kami dan lihatlah kami (dengan pandangan RahmatMu)..

Semoga kita bukan menjadi asbab penganiayaan dan kezaliman ke atas umat ini terus berleluasa di muka bumi... :'(

CREDIT: Mohd Zahani Mat